Get free consultation from Waterco today! Please contact us at: +6011-1012 2889 | WhatsApp  

Sand Filter Kolam Renang: Apakah Kegunaan dan Fungsinya?

Fri, 31 Mar 2023

Sand Filter Kolam Renang

Penapis kolam renang adalah pelbagai. Ia merupakan kelengkapan pembersih air yang penting bagi sesebuah kolam untuk menghasilkan air yang bersih dan jernih. 

Kecekapan sesebuah penapis bergantung kepada sistem penapisan yang merangkumi  jenis  penapis dan pam air yang bersesuaian.  Sistem penapis kolam renang mungkin berbeza dari segi media yang digunakan seperti pasir, kaca kristal, atau unsur biologi seperti biomech. 

Penapis pasir adalah antara penapis yang menjadi pilihan ramai disebabkan oleh prestasi yang agak tinggi pada harga yang berpatutan serta mempunyai keupayaan penapisan yang cukup maksimum dan cekap tenaga.

Sand filter kolam renang pada asasnya ialah tangki penuh pasir yang disambungkan ke rangkaian penapisan kolam renang. Kini penapis pasir mempunyai penambaikan seperti tepi yang sangat halus dan kasar, yang sangat cekap dalam membersihkan zarah kotoran yang melalui penapis kolam renang. 

Apabila air kolam mengalir melalui penapis, zarah kotoran melekat pada tepi pasir dan memastikan air kolam renang bersih dan bebas daripada kotoran serta alga.

 

Fungsi Sand Filter Kolam Renang

Pada amnya, sand filter berfungsi dengan menggerakkan air dari bahagian atas tangki melalui pasir ke bahagian bawah tangki melalui tekanan tinggi. Tekanan pam dan graviti akan membantu menolak air ke bawah. 

Kotoran yang lebih besar daripada jurang antara pasir akan tertahan dan air yang lebih bersih dapat terus mengalir ke dalam kolam melalui paip di tengah penapis. 

Apabila air mula mengalir ke bawah,  butiran pasir  yang berliku tajam akan menangkap zarah seperti kotoran, serpihan dan bahan buangan seperti alga.

Penapisan kedalaman adalah antara  kaedah yang digunapakai untuk mengendalikan pengeluaran bendasing dalam julat yang besar seperti kotoran, pasir, pepejal organik dan zarah karat. 

Media yang digunakan adalah diperbuat daripada bahan yang dipilih dengan teliti seperti polipropilena, kapas dan gentian kaca dalam bentuk kartrij yang akan memintas zarah secara fizikal dan menghalangnya daripada berakhir di dalam air yang tertapis. 

 

Kegunaan Sand Filter Kolam Renang

Sand filter boleh dikendalikan secara mekanikal, pembasmian dan elektrolisis. Ini bermakna semasa proses penapisan berlangsung kewujudan bahan koloid dalam bentuk lapisan gelatin dan ion pasir akan meneutralkan ion terlarut dalam air melalui proses pengionan. 

Selain itu, terdapat juga lapisan pasir yang mengandungi organisma hidup yang akan mencernakan organisma supaya air di dalam kolam renang menjadi jernih.

Secara umumnya, terdapat 6 mod tetapan yang memaparkan kegunaan yang berbeza. Enam mod tetapan ini sangat penting untuk digunakan semasa proses vakum atau semasa kolam beroperasi.

  • Mod tapis: Air dari kolam renang dimasukkan ke dalam penapis untuk ditapis sebelum kembali ke kolam renang. Kedudukan ini biasanya digunakan dalam peredaran kolam renang dan vakum apabila kolam berada dalam keadaan normal.
  • Mod edar semula: Air hanya berputar di dalam paip tanpa melalui penapis terlebih dahulu.
  • Mod ini digunakan untuk proses rawatan awal air kolam renang, dan ketika kolam hanya diisi dengan air dan hampir dibersihkan.
  • Mod tutup: Saluran air ditutup keseluruhannya bertujuan untuk membaiki paip di dalam bilik enjin. Ia juga dapat menghalang pembaziran air melalui paip dan memudahkan kerja-kerja pemulihan.
  • Mod cuci belakang: Penapis dicuci dengan membalikkan aliran air melalui pasir, bermula dari sisi di bahagian bawah dan bergerak ke atas sambil mengumpul serpihan dan zarah semasa berjalan. Sebaik sahaja ia sampai ke bahagian atas penapis, ia kemudiannya dilupuskan sebagai sisa dan tidak akan kembali ke kolam. Mod ini amat menjimatkan masa dan tenaga.
  • Mod bilas: Mod ini digunakan selepas proses cuci belakang selesai. Kegunaan mod ini adalah untuk memastikan bahawa penapis adalah bebas dari sebarang kekotoran  supaya proses penapisan dapat berjalan dengan baik dan lancar.
  • Mod pembaziran: Ini adalah proses ekzos vakum yang digunakan apabila terdapat banyak mendapan kotoran di dasar  kolam renang dan jika rawatan air pertama diperlukan. 

Kesemua mod dalam pengendalian penapis mempunyai fungsi dan kegunaan tertentu. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira supaya proses pengendalian dapat berjalan dengan lancar dan tidak merosakkan penapis. 

Pastikan mesin dan paip vakum sentiasa dalam keadaan mati. Alihkan pemegang penapis ke mod penapis. Bagi kolam skimmer, paip vakum tidak perlu dimatikan. 

Seterusnya, pastikan paip utama berada dalam keadaan hidup untuk semua jenis kolam. Kemudian pastikan juga paip pada tangki pengimbang dihidupkan. Selain itu, tangki pengimbang juga mesti diisi dengan air dalam keadaan penuh. 

Kemudian, longkang atau paip buangan mestilah dalam keadaan mati. Selepas semuanya berada dalam keadaan yang betul, maka operasi penapis kolam renang boleh dijalankan dengan lancar.

 

Kesimpulan

Sistem peredaran yang betul ialah air yang kotor akan disedut oleh pam air kolam renang dan dimasukkan ke dalam penapis kolam renang untuk menjalani proses penapisan. Sekiranya operasi pembersih air dijalankan secara efisien, maka keadaan air kolam juga akan baik dan berkualiti. 
Akhirnya, air yang ditapis akan menjadi lebih jernih dan boleh dialirkan semula ke dalam kolam renang. Ini menghasilkan air yang lebih bersih dan selamat.
 

Recently Viewed Products

    Copyrights© 2024 Waterco | Website Development by Stimulus