Get free consultation from Waterco today! Please contact us at: +6011-1012 2889 | WhatsApp  

Kenapa Penapis Air Waterco Sesuai Dengan Keperluan Rumah Anda?

Wed, 12 Jul 2023

Sistem penapis air minum dapat meningkatkan ketulenan, rasa dan bau air minuman disamping merendahkan tahap pH keseluruhan. Bukan sahaja dapat memperoleh bekalan air bersih, tetapi juga dapat menangani masalah dari terminum air tercemar dan sarat kimia.

Oleh itu langkah tapis air merupakan faktor penting dan pertama yang mempengaruhi penghasilan bekalan air yang bersih dan selamat.  Untuk memastikan hal ini, melengkapkan setiap isi rumah dengan penapis air merupakan suatu keperluan. 

Waterco memaparkan keyakinan mutlaknya dalam rangkaian penapis kartrij Trimline dengan menawarkan waranti tangki 10 (5+5) dan waranti 1 tahun pada semua komponen lain disamping menampilkan  3 sebab utama mengapa  penapis air Waterco harus menjadi pilihan utama. 

 

3 sebab utama mengapa  penapis air Waterco harus menjadi pilihan utama

1. Padat dan jimat

Penapis ini direka padat dan menjimatkan dalam kelangsungan proses penapisan pepejal terampai yang efektif. Ia menggunakan fabrik sintetik berlipat, yang dirawat khas sekaligus menjadikannya sesuai untuk aplikasi apabila mencuci belakang menjadi sukar dan tidak praktikal.

2. Pembinaan yang lasak

Penapis Waterco dibina daripada polipropilena berimpak tinggi dan direka untuk penyelenggaraan yang mudah serta memberikan perkhidmatan tanpa masalah selama bertahun-tahun.

3. Rekabentuk fabric penapis berlipat

Ia diperbuat dari fabrik poliester berlipat yang boleh diguna semula untuk menambah luas permukaan 4.6 hingga 9.3 meter persegi bertujuan untuk memaksimumkan kapasiti menahan kotoran dan memanjangkan masa di antara setiap penapisan. Penapis jenis ini mudah diselenggara dengan hanya menyalurkan air ke dalam lipatan fabrik poliester menggunakan hos taman standard.

 

Hal-hal yang perlu diberikan perhatian ketika memilih penapis air yang sesuai untuk kegunaan harian

Ketika membuat pemilihan penapis air yang sesuai untuk kegunaan harian, perkara yang perlu dititikberatkan adalah seperti berikut:  

Halal Jakim

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mencungkil kemusyikilan apabila 120 jenama penapis air yang diragui status halalnya berada dalam pasaran dengan harga yang murah. 

Hal ini disahkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) bahawa sistem penapis air menggunakan bahan dari sumber yang syubhah sebagai karbon aktif bagi menapis kotoran. 

Sehubungan dengan itu, JAKIM  dengan tegasnya telah mewajibkan setiap jenama penapis air mendapatkan pengesahan halal sebelum dibenarkan berada di pasaran. Masyarakat terutama pengguna Islam harus pastikan penapis air mempunyai pengesahan halal oleh badan yang diiktiraf.

Harga

Harga dan jenama sistem penapisan adalah pelbagai dan berbeza, daripada sistem mudah dan murah kepada sistem kompleks hingga mencecah harga ratusan ringgit yang memerlukan pemasangan secara profesional. 

Selain harga pembelian dan pemasangan sistem, kos, jadual dan kemudahan penyelenggaraan, seperti menukar kartrij penapis untuk terus berfungsi dengan baik perlu dipertimbangkan mengikut kemampuan dan bajet. 

Semua sistem penapis air memerlukan penyelenggaraan. 

Teknologi dan Sistem Penapisan Air

Sistem penapisan air ialah mekanisme yang direka untuk mengeluarkan zarah pepejal, kecil atau besar, dari dalam cecair melalui penggunaan medium penapis yang hanya membenarkan cecair melepasi tetapi menyekat zarah pepejal. 

Dalam hal ini Osmosis Songsang (Pembersih Air RO) adalah yang paling banyak diguna pakai. Ia menggunakan teknologi membran yang mempunyai liang halus, yang membenarkan hanya air melalui menerusinya dengan berkesan dan memerangkap semua bahan kimia serta mikrob berbahaya. 

Ia juga berupaya menghilangkan garam terlarut, bakteria dan kekotoran lain dari air. Sistem ini tidak jauh bezanya dengan sistem UF.

Manakala sistem penapis air UV pula menggunakan pancaran gelombang UV kecil untuk memusnahkan hampir 100% bakteria dan virus yang terdapat di dalam air. 

Untuk mempertingkatkan keberkesanan sistem penapisan gabungan teknologi digunakan untuk memastikan air bersih dan bebas kuman.

Saiz Tangki

Peraturan asas untuk memilih saiz tangki yang sesuai adalah dengan menganggap kira-kira separuh saiz yang dinyatakan oleh pengeluar. Bagi keperluan dua gelen air setiap hari, dapatkan tangki empat gelen. 
Pada kebiasaanya kegunaan  tidak menjangkau keperluan harian.  Sebagai contoh; untuk memenuhi keperluan air harian bagi isi rumah 4 ahli, atau keluarga bersaiz sederhana,memilih tangki air dengan kapasiti penyimpanan 1000 liter adalah lebih memadai. 

Penjimatan Elektrik

Setiap unit direka bentuk untuk dibiarkan hidup selama 24 jam, ia tidak cekap tenaga untuk berbuat demikian. 

Mematikan penapis air pada waktu malam adalah wajar. Akan tetapi tindakan ini mungkin tidak praktikal bagi keluarga yang mempunyai bayi, orang tua uzur dan orang sakit. 

Justeru, pilih penapis air yang menggunakan lingkaran atau gegelung pemanas yang sesuai, yang berkualiti untuk dipasang selama 24 jam. 

Waranti dan servis lepas jualan

Secara amnya penapis air yang murah tidak disertakan dengan servis lepas jualan dan tempoh waranti juga mungkin pendek. Dalam hal sebegini penapis yang tamat tempoh harus diselenggarakan sendiri. 

Berbeza dengan tawaran yang diberikan oleh syarikat berjenama premium dimana waranti dan servis lepas jualannya tidak ada tolok bandingan dan memudahkan.  

Waranti sesebuah penapis boleh berlanjutan sehingga 3 atau 5 tahun bergantung kepada jenis kontrak dan tempoh yang dipersetujui. 

Dan servis lepas jualan pula merangkumi penyelenggaraan berjadual setiap 2 bulan untuk memastikan sistem tidak terganggu dan kualiti air terpelihara.

Cara pembayaran

Terdapat beberapa jenis pembayaran yang tersedia dan tunai ialah salah satu cara paling biasa untuk membuat bayaran. Ia mempunyai kelebihan sebagai segera tetapi bukanlah bentuk pembayaran yang paling selamat. 

Alternatif yang lebih baik adalah dengan menggunakan kad kredit, kad debit dan cek yang semakin diterima pakai oleh penjual.  Bagi yang kurang berkemampuan, EPP atau sewa-beli menjadi pilihan utama. 

Kedua-dua kaedah ini membuka peluang kepada pembeli untuk membuat bayaran secara ansuran bergantung kepada tempoh yang dipersetujui dan tertera didalam kontrak. 

Kepelbagaian kaedah dan saluran pembayaran yang meningkat bagaimanapun telah menghasilkan cabaran yang timbul daripada kesan perubahan peraturan yang lebih besar, memaksa rakan penjual dan institusi kewangan  untuk mematuhi garis panduan.

Perjanjian atau kontrak

Perjanjian atau kontrak jualan digunakan untuk mendokumentasikan penjualan dan pembelian perkhidmatan atau barangan antara pembeli dan penjual. 

Ia termasuk maklumat tentang kedua-dua pihak, butiran pembayaran dan sama ada waranti akan disertakan atau tidak berkaitan dengan barangan atau perkhidmatan. Adalah penting bahawa syarat-syarat ini dipersetujui bersama antara kedua-dua pihak. 

Sebagai seorang pembeli yang bijak, butiran servis lepas jualan yang dipersetujui bersama boleh dimasukkan di dalam kontrak tersebut. Oleh itu suatu kontrak yang lengkap adalah penting untuk melindugi kedua-dua pihak iaitu pembeli dan penjual. 

Namun, ia bergantung pada jenis transaksi yang termaktub dalam kontrak samada tunai atau sewa-beli.

 

Kesimpulannya 

Pilihan yang menjurus kepada faktor-faktor yang dipaparkan oleh Waterco ini harus dijadikan landasan bagi pertimbangan yang bijak. Penapis air adalah penting bagi kelangsungan kehidupan yang sihat dan bebas penyakit. 
Daripada keseluruhan rangkaian teknologi penapis air minum yang terbaik untuk kegunaan rumah adalah teknologi dan sistem yang dipatenkan, untuk mendapatkan air minuman yang segar dan bersih, tidak kira dalam apa jua keadaan.  
 

Recently Viewed Products

    Copyrights© 2024 Waterco | Website Development by Stimulus