Pada hari ini, kebanyakan dari kita minum air dari penapis air yang dirawat klorin. Namun, ianya masih mengandungi bakteria berbahaya, bahan kimia dan bahan tercemar lain. Begitu juga, air dari paip mungkin tidak tulen, walaupun menggunakan kemudahan pembersih air kerana ianya sumber mudah tercemar.
Cara yang baik bagi memastikan bekalan air di rumah adalah bersih dan mencukupi adalah dengan memasang sistem penapisan air. Menapis air minum dapat membantu menyingkirkan bakteria, logam berat dan bahan kimia daripada air.
Air yang tidak ditapis, walaupun datang dari loji rawatan air masih mempunyai bahan tercemar seperti plumbum, disamping bahan kimia seperti fluorida dan klorin di dalam air sebagai kaedah rawatannya.
Manfaat Sistem Penapis Air
Asas penapisan adalah untuk menjadikan bahan kimia dan kekotoran lain yang diketahui dalam air minuman dengan efektif, yang boleh membawa masalah pada kulit.
Dengan adanya penapisan air yang sesuai, penapis air mampu mengurangkan kerosakan pada kulit akibat logam berat, fluorida dan klorin seperti psoriasis dan ekzema, terutamanya pada kanak-kanak dan orang tua.
Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit gastro usus akibat parasit dan pelbagai organisme mikroskopik yang ditemui hidup dalam sumber air mendapan yang tidak dirawat.
Parasit ini boleh merangsang masalah usus dan penghadaman. Tidak ketinggalan juga logam berat berbahaya seperti arsenik dan nitrat yang boleh meningkatkan risiko penyakit kanser.
Kualiti air perlu dipertingkatkan kerana terdapatnya unsur-unsur yang menyebabkan air minuman mempunyai rasa dan bau tidak menyenangkan, seperti plumbum, klorin dan bakteria dibuang sama sekali.
Sistem penapisan air dapat meningkatkan ketulenan, rasa dan bau air minuman disamping merendahkan tahap pH secara keseluruhan. Kita bukan sahaja memperoleh bekalan air bersih, tetapi juga dapat menangani masalah dari terminum air yang tercemar.
Bahan kimia, mineral dan logam berat dalam air yang tidak ditapis boleh menyebabkan kerosakan pada sistem paip dan juga peralatan rumah lain yang menggunakan air seperti dispenser air, mesin ais peti sejuk, mesin pencuci pinggan dan mesin basuh.
Ini boleh mengakibatkan kerosakan pada paip dalam tempoh jangka panjang yang akan melibatkan kos penyelenggaraan yang mahal.
Oleh itu, bekalan air paip dengan sistem penapis berkualiti boleh membantu sistem paip bertahan lebih lama, mengurangkan kos yang daripada membaiki paip dan perkakas, di samping membekalkan air yang tulen dan selamat.
Walau bagaimanapun dengan mempunyai sistem penapisan air yang dipasang untuk seluruh rumah, bekalan air bersih dan selamat terjamin.
Namun, apa jua jenis sistem yang dipilih, perlu memastikan bahawa air yang ditapis itu adalah bebas dari bahan kimia berbahaya, racun perosak, bakteria dan zarah lain.
Perkara Yang Perlu Di Ambil Berat Ketika Memilih Sistem Penapisan Air
1. Sistem penapis
Ketahui dan fahami dengan mendalam sistem yang digunakan oleh alat penapis air yang dipilih. Sistem adalah pelbagai dan berbeza keberkesanan serta penggunaan elektrik. Sebagai contoh reverse osmosis adalah sistem yang boleh menyingkirkan sebanyak 98% bahan tercemar dan sistem cekap tenaga berbanding dengan penapis arang dan penyulingan yang tidak mampu menyingkirkan bahan cemar tertentu.
2. Kaedah penggunaan
Gunakan alat penapis air dan air yang telah ditapis dengan betul. Air yang telah ditapis oleh alat penapis air di rumah hendaklah dikendalikan sama seperti makanan yang mudah rosak dan perlu disimpan di dalam peti sejuk. Air ini hendaklah diminum dalam masa 24 jam. Garis panduan dari pihak pengeluar untuk penggunaan alat penapis air hendaklah dipatuhi setiap masa.
3. Persekitaran
Memilih penapis air yang tepat harus bersesuaian dengan kondisi pencemaran air di sekitar anda.
Pengguna juga perlu memastikan pembelian penapis air berkualiti memenuhi spesifikasi yang disarankan oleh SIRIM dan KPDNKK yang menepati keperluan penyaringan yang higenik. Melindungi alam sekitar juga tanggungjawab kita bersama, iaitu kadar pelupusan botol minuman plastik yang terjana dari pembelian botol air minuman yang tersedia tapis dapat dikurangkan.
Kesimpulan
Perkara yang penting dalam pembersih air adalah untuk mencegah penyakit dan penyakit yang berkaitan dengan air. Bayi, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah lebih mudah terdedah kepada kesan buruk akibat air yang tercemar dari paip.
Kini, ramai menyedari akan kepentingan memasang penapis air di rumah. Ini kerana penggunaan khusus teknologi dan juga penerimaan yang lebih luas terhadap teknologi baru ini menjanjikan peningkatan impak alam sekitar dalam menghasilkan air minuman bersih dan berkualiti.
Penyelesaian yang paling mudah dan selamat ialah melabur dalam sistem penapisan air di rumah yang tidak seharusnya mempunyai teknologi canggih tetapi ianya menepati keperluan.